Sunday 5 January 2014

Bandar Tangkak







Tangkak merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di daerah Ledang, Johor serta merupakan bandar pentadbiran utama di daerah Ledang. Tangkak merupakan sebuah penempatan yang telah lama dibuka, sebelum ia dibangunkan oleh Dato Muhammad Salleh bin Perang, Dato Bentara Luar [2] pada akhir kurun ke-19. Nama asal Tangkak sebelum itu adalah Chohong

Kedudukan

Bandar Tangkak juga berhampiran dengan Gunung Ledang yang merupakan pusat pelancongan dan mempunyai pemandangan yang indah dan air terjun yang jernih. Ia juga bersempadan dengan Jasin, Melaka dan lebih kurang 45 minit dari bandar Melaka. Dari Kuala Lumpur, Tangkak hanya kira-kira 2 jam perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar ke Tol Tangkak dan belok ke kanan. Bandar Tangkak hanya kira-kira 3 minit dari Susur keluar tol. Ia terletak dalam daerah Ledang.


Infrastruktur

Tangkak seperti bandar-bandar lain di Malaysia mempunyai sistem jalan raya yang baik dan mempunyai pelbagai kemudahan seperti sekolah, hospital dan pusat pendidikan seperti Kolej Matrikulasi Johor, Institut Latihan Perindustrian Sagil, Kolej Komuniti Ledangdan Pusat Kegiatan Guru Tangkak.


Tarikan utama

Tangkak dikenali di kalangan penduduk tempatan dengan gelaran Syurga Kain atau Bandar Fabrik kerana mempunyai banyak kedai kain yang menjual pelbagai fabrik yang cantik. Memang tidak dapat dinafikan apabila menjejakkan kaki ke Tangkak, kita boleh lihat dari kiri dan kanan jalan dipenuhi dengan deretan kedai-kedai kain tersebut


Pelancongan

Bandar Tangkak hanya 17km dari Gunung Ledang yang merupakan gunung tertinggi di Johor. Gunung ini dapat dilihat dengan jelas dari mana-mana sudut bandar Tangkak. Gunung Ledang terkenal dalam lagenda Puteri Gunung Ledang.

sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Tangkak





No comments:

Post a Comment