Sunday 5 January 2014

Pendakian ke Gunung Ledang

Daerah Ledang adalah sebuah daerah yang baru sahaja dengan rasminya telah menjadi daerah baru pada 9 Jun 2008. Ia telah dirasmikan oleh Sultan Johor dengan penuh gilang gemilang. Dengan keluasan 239,751 ekar, kedudukan Ledang agak strategik dimana ia terletak di tengah-tengah negeri Johor bersempadan dengan negeri Melaka, negeri Pahang dan Negeri Sembilan.
SEJARAH
Nama Ledang diambil sempena Gunung Ledang yang terletak di daerah Ledang.
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI LEDANG
1. Hutan Lipur Gunung Ledang Air Panas, Sagil,Ledang
gl
gl2
Dengan keindahan alam semulajadi dan kejernihan air terjun, Gunung Ledang menjadi tarikan utama bagi pelancong tempatan mahupun luar. Lebih-lebih lagi dengan kedudukannya yang tidak jauh dari Pekan Tangkak iaitu kira-kira 15km sahaja.Berketinggian 1,276 meter, Gunung Ledang telah menjadi gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia.
  • Sejarah nama Gunung Ledang
  1. Pada kurun ke-14, pelayar Cina yang berulang alik di Selat Melaka telah memanggil Gunung Ledang sebagai ‘Kim Sua’ yang bermaksud gunung emas. Ini kerana  Gunung Ledang dipercayai adalah tempat yang mengandungi begitu banyak simpanan emas.
  2. Pada zaman pemerintahan empayar Majapahit, orang Jawa telah menamakan Gunung Ledang sebagai ‘Gunong Ledang’ yang bermaksud ‘gunung dari jauh’ atau ‘gunung paling jauh’.
  3. Gunung Ledang juga terkenal dengan nama Ophir. Ia dipercayai bermaksud Ular dalam bahasa Yunani. Ini dikaitkan dengan cerita yang mengatakan bahawa Gunung Ledang dijaga oleh kerajaan ular.
  • Fakta menarik tentang Gunung Ledang
  1. 160 spesis burung telah direkodkan di Gunung Ledang
  2. Orkid selipar hanya boleh didapati di Gunung Ledang
  3. Air terjun Gunung Ledang terdiri daripada puluhan air terjun yang berketinggian antara 5 hingga 50 meter, diselangi banyak jeram dan kolam sepanjang lebih 3 kilometer
  4. Air dari gunung ini boleh diminum tanpa masak terutamanya dibahagian tapak perkhemahan Gua Kambing dan Kolam Puteri.
  5. Gunung Ledang juga dikaitkan dengan Lagenda Puteri Gunung ledang.
  • Kemudahan
  1. Gunung Ledang Resort menyediakan kemudahan penginapan dan makanan bagi pengunjung-pengunjung Gunung Ledang.
  2. Terdapat 2 runut mendaki bagi para pendaki iaitu dari Kampung Asahan, Melaka dan juga runut Sagil.
  3. Tapak-tapak perkhemahan
gl3
gl4

2. Ladang Cendawan
Terdapat pelbagai jens cendawan yang boleh didapati di ladang cendawan ini. Antaranya ialah abalone, cendawan putih, cendawan hitam dan cendawan mutiara. Ladang cendawan ini juga menunjukkan cara-cara memproses cendawan bermula dari penyediaan beg, pengukusan, penyuntikan benih, penuaian dan akhir sekali pembersihan,pengasingan dan pembungkusan.
cndwn2
cndwn
Ladang cendawan ini terletak di Kawasan Perindustrian Grisek, kepunyaan syarikat Forest Fine Foods (M) Sdn Bhd.
TEMPAT MAKAN MENARIK DI LEDANG
  • Mi Udang Banjir – Terletak di Jalan Tanjung Agas, ia terkenal dengan keenakan Mi Udang Banjir yang diolah dengan resepi sendiri.Menariknya, Mi Udang ini ‘dibanjiri’ dengan udang sehingga menutupi mee dan kuah.
  • Restoran Sup Lembu Tangkak – terkenal dengan kehebatan sup lembu dan kelembutan dagingnya.
  • Restoran NMR Briyani Gam – Terletak di Tangkak, terkenal dengan keenakan nasi briyani gam.

1 comment:

  1. 1xbet korean - Legalbet.co.kr
    Licensed by the Government of Korea, 1xBet is licensed 1xbet 후기 in two different categories: Gambling Licence, Internet Gaming License,

    ReplyDelete